D.U.N.I.A adalah untuk semua

selamat datang ke blog D.U.N.I.A ....saya Shamrin ...harap maaf jika ada kekurangan didalam blog nie..anda juga boleh ikuti melalui fb,group ALLAHalways.

Monday 12 December 2011

Sebuah Jambatan

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,entri kali ni tajuk dia SEBUAH JAMBATAN.Sedar tak kita rakan2 kita sebenarnya sedang berada di atas satu jambatan yang didirikan oleh kita sendiri...
Satu jambatan yang perlu dibentuk,dijaga & dilindungi dari ia rosak,musnah serta runtuh."JAMBATAN" itu ialah ..........


"KEHIDUPAN"

Kehidupanlah "jambatan" itu.Jika kita tidak bentuk jambatan itu dengan baik,tidak dijaga dengan baik,dilundungi dengan baik ...hasilnya di penghujung jambatan itu akan "RUNTUH" ...kerana di hujung jambatan itulah segala amal kita akan dihisab.Di "JAMBATAN" ini juga terdapat 5 fasa :

  1. Alam Roh
  2. Alam Rahim
  3. Alam Dunia
  4. Alam Barzakh
  5. Alam Mahsyar

Di pertengahan "JAMBATAN" lah yang paling penting ....ALAM DUNIA
Di sini lah kita perlu menyiapkan diri dengan sepenuhnya kerana di bahagian tengahlah penguat untuk jambatan ini.Jangan di Alam Mahsyar nanti,baru kita nak menunaikan apa yang wajib kita lakukan di Alam Dunia ini.Ianya dah terlambat.Mari kita muhasabah diri,fikirkan apa kegunaan kita di muka bumi ini ....Mari kita bangkit untuk membina "JAMBATAN" itu dengan amal soleh,beribadah dan lain2.Ayuh bangkit mencari Dia,kerana "MASA" itu telah tiba ...

Adakah "JAMBATAN" kita semua seperti ini ?
Mari kita "BINA" semula "JAMBATAN" kita semua
InsyaAllah ALLAH akan membantu kita ...


May ALLAHalways with u.

No comments:

Post a Comment