D.U.N.I.A adalah untuk semua

selamat datang ke blog D.U.N.I.A ....saya Shamrin ...harap maaf jika ada kekurangan didalam blog nie..anda juga boleh ikuti melalui fb,group ALLAHalways.

Saturday 24 December 2011

Kerana Haykal

Assalamualaikum.Entri kali ni adalah sambungan kepada entri yang terdahulu.Maaf sebab lamabat publish post ni sebab dah lama x buka blog.Baiklah jika kita imbas kembali entri yang terdahulu,Saya mengatakan bahawa Amerika & Israel tidak berpuas hati dengan tersenarainya Palestin sebagai salah satu ahli UNESCO.Mereka tidak berpuas hati kerana .....



  1. Jika Palestin tersenarai sebagai ahli UNESCO,ada kemungkinan yang Palestin akan diiktiraf sebagai sebuah negara.
  2. Kedudukan orang2 Yahudi akan terancam kerana Palestin boleh menghalau mereka kerana mereka hanya MENUMPANG di Palestin.
  3. Cita2 orang Kristian dan Israel untuk membina HAYKAL akan musnah.

Tetapi di sini ada satu kemusykilan .....



APA TU "HAYKAL" ?


Haykal ialah singgahsana yang akan diduduki oleh "TUHAN" orang Yahudi.Tetapi misi orang Kristian lain,mereka ingin membina Haykal kerana mengikut kepercayaan mereka tuhan mereka iaitu jesus akan turun di sana dan menghukum semua orang yang Yahudi.

Jadi masing2 ada misi dan cita2 mereka tersendiri.Bagi orang Kristian,untuk menjayakan misi mereka,mereka terpaksa bersekongkol dengan pihak Zionis agar Haykal dapat dibina.Andai Palestin di angkat sebagai sebuah negara,maka misi dan cita2 mereka akan terkubur dan lenyap begitu sahaja.

Oleh kerana itulah,mereka menentang dengan sekeras-kerasnya pengiktirafan Palestin ke dalam anggota UNESCO.sekian sahaja entri kali ini.

Assalamualaikum.May ALLAHalways with u.

Wednesday 14 December 2011

Akhirnya Benderamu Berkibar

Assalamualaikum.Entri kali ni adalah mengenai peristiwa yang dianggap satu sejarah yang amat berharga keatas penduduk di Palestin.Iaitu pada tarikh 13.12.2011 (iaitu semalam),buat pertama kalinya bendera Palestin dinaikkan di dataran UNESCO sebagai tanda Palestin disenaraikan didalam anggota UNESCO.AKhirnya,setelah penantian yang lama untuk disenarai di antara anggota UNESCO,dengan izin ALLAH,alhamdulillah Palestin dapat disenaraikan  di dalam UNESCO.


Tetapi,Amerika dan Israel tidak berpuas hati dengan tersenarainya Palestin didalam anggota UNESCO.Rasa2 anda,kenapa mereka tidak berpuas hati dengan peristiwa ini ? Saya akan sambung di entri yang selanjutnya.




Assalamualaikum.May ALLAHalways with u.

Tuesday 13 December 2011

C.IN.TA

Assalamualaikum.Entri kali ini lain sikit,ia mengenai ........


CINTA

tapi rakan2 mesti pelikkan dengan tajuk entri ni sebab dia ada titik2 yang memisahkan ayat cinta tu.
Sebenarnya maksudnya adalah lain,maksud tajuk entri itu ialah ....

CINTA,INDAH,TAPI ........


Cinta tu memang indah ...tapi banyak dugaan dan amat pedih apabila orang yang kita suka itu tak menerima kita dan menolak kita.Kita akan rasa amat sedih dan amat kecewa dan dalam hati akan bertanya ....


KENAPA DIA TAK TERIMA CINTA AKU EH ?


Tetapi percayalah rakan2 sekalian CINTA kepada Yang Maha Mencintai itu lebih tinggi darjatnya dari segala cinta di bumi ini.Jangan lah kita beranggapan seorang insan itu tidak menerima kita,bermakna tidak akan ada orang akan mencintai kita.Percayalah satu hari nanti insyaAllah kita akan bertemu dengan insan yang benar2 mencintai kita,setelus hati.Dan cinta ALLAH itu amat bermakna,dan lebih bererti.


CINTA,INDAH,TAPI CINTA KEPADA ALLAH LEBIH INDAH



Assalamualaikum.May ALLAHalways with u.



Palestin Doa Ku Sentiasa Mengiringi Mu !

Assalamualaikum rakan2 sekalian.Rakan2 sekalian ...pada masa kini kita lihat banyak berita mengenai keadaan di Palestin.Kekacauan yang berlaku di sana amat genting,dan banyak nyawa2 yang tidak berdosa menjadi korban tanpa sebab.Melihat situasi ini rakan2,apa perasaan anda? Adakah hanya melihat begitu sahaja tanpa rasa belas kasihan? Adakah melihat tetapi sedikit pun tidak membantu? Rakan2 sekalian,meskipun kita tidak mampu memberi bantuan dari segi wang,barang dan lain2...tetapi ada satu benda yang kita bisa bantu mereka ...




DOA

Marilah rakan2 sekalian,kita berdoa agar saudara2 kita di Palestin selamat dan sabar dengan segala dugaan yang mereka hadapi.InsyaAllah dengan doa anda semua ALLAH akan perkenankan.



PALESTIN DOA KU MENGIRINGI MU !


Assalamualaikum.May ALLAHalways with u.

Monday 12 December 2011

Masakan Ibulah Yang Paling Sedap di Dunia

Assalamualaikum..entri kali ini bukan pasal resipi atau cara nak memasak,tetapi tentang masakkan yang paling sedap di mata saya.Iaitu masakkan dari seorang insan yang mulia disisi ALLAH...masakkan dari seorang ibu.Bagi saya,walau sesedap mana pun masakkan di restoran,masakkan dari seorang ibulah yang paling sedap.Kerana setiap masakkan dari seorang ibu itu dibuat dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.Cuba kita lihat,walau sepenat mana pun beliau,tetapi ia tetap masakkan untuk kita semua,tanpa sedikit pun rasa mengeluh ....


SUBHANALLAH !!

Bertapa kasihnya seorang ibu itu,jadi sahabat2 sekalian,hargailah setiap masakkan yang ibu masakkan buat anda.Kerana ia sebnarnya adalah masakkan yang paling sedap di dunia ini.Sekian buat entri kali ini.

Assalamualaikum,may ALLAHalways with u.

Sebuah Jambatan

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,entri kali ni tajuk dia SEBUAH JAMBATAN.Sedar tak kita rakan2 kita sebenarnya sedang berada di atas satu jambatan yang didirikan oleh kita sendiri...
Satu jambatan yang perlu dibentuk,dijaga & dilindungi dari ia rosak,musnah serta runtuh."JAMBATAN" itu ialah ..........


"KEHIDUPAN"

Kehidupanlah "jambatan" itu.Jika kita tidak bentuk jambatan itu dengan baik,tidak dijaga dengan baik,dilundungi dengan baik ...hasilnya di penghujung jambatan itu akan "RUNTUH" ...kerana di hujung jambatan itulah segala amal kita akan dihisab.Di "JAMBATAN" ini juga terdapat 5 fasa :

  1. Alam Roh
  2. Alam Rahim
  3. Alam Dunia
  4. Alam Barzakh
  5. Alam Mahsyar

Di pertengahan "JAMBATAN" lah yang paling penting ....ALAM DUNIA
Di sini lah kita perlu menyiapkan diri dengan sepenuhnya kerana di bahagian tengahlah penguat untuk jambatan ini.Jangan di Alam Mahsyar nanti,baru kita nak menunaikan apa yang wajib kita lakukan di Alam Dunia ini.Ianya dah terlambat.Mari kita muhasabah diri,fikirkan apa kegunaan kita di muka bumi ini ....Mari kita bangkit untuk membina "JAMBATAN" itu dengan amal soleh,beribadah dan lain2.Ayuh bangkit mencari Dia,kerana "MASA" itu telah tiba ...

Adakah "JAMBATAN" kita semua seperti ini ?
Mari kita "BINA" semula "JAMBATAN" kita semua
InsyaAllah ALLAH akan membantu kita ...


May ALLAHalways with u.

2012 Dunia Kiamat ?

assalamualaikum,salam pertemuan.Entri kali ni saya nak cita pasal 2012.Saya pasti sahabat-sahabat mesti tahu apa yang kepoh sangat dengan 2012.Kononnya 2012 kiamat.Tapi betul ke kiamat? Betul ke 21.12.2012 kiamat? Atau sekadar propaganda seperti ramalan-ramalan kiamat yang lalu? Pastinya kita tak akan mengetahui dan sewajibnya tidak mempercayai propaganda tersebut.Kerana kiamat hanya bisa diramal oleh yang Maha Esa.Seperti di dalam surah Al-Araf :


"Mereka bertanya kepadamu(wahai Muhammad) tentang hari kiamat:Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah di sisi Tuhanku,tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat(menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi ia tidak datang melainkan secara mengejut".


Surah Al-Araf,ayat 187


ini membuktikan bahawa kita tidak mampu meramal bila dan bagaimana Hari Pembalasan itu berlaku.Sekian sahaja entri untuk kali ini.


p/s : sekiranya kita mempercayai filem 2012,ia mampu mendatangkan syirik kepada kita.


Assalamualaikum,may ALLAHalways with u.

First Entri ..hehehehe

Assalamualaikum,salam pertemuan buat sahabat2 yang join blog ni.Terima kasih banyak2.minta maaf ya kalau ada kekurangan dalam blog ni.Entri yang sebenar-benarnya hanya akan mula nanti.Ini cuma entri pengenalan hehehe.baiklah sekian sahaja.Assalamualaikum.May ALLAHalways with u.